Sempena cuti sekolah pada Mac yang lalu, Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 1 dengan kerjasama Pusat Internet Felda Jengka 1 telah mengadakan aktiviti Sukan Tradisional Rakyat dan Malam Kebudayaan 2019. Sukan Tradisional dijalankan pada waktu pagi manakala sebelah malamnya aktiviti disambung dengan malam kebudayaan . Antara aktiviti pada malam kebudayaan adalah Pertandingan nyanyian lagu tradisional dan pakaian tardisional terbaik. Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan daripada penduduk setempat dengan hampir 200 orang pengunjung yang hadir bagi memeriahkan aktiviti anjuran belia ini.
Tarikh : 23 Mac 2019
Masa : 8.00 am – 12.00 pm
Tempat : Dewan Orang Ramai Felda Jengka 1