Pertandingan Mencipta Video Mykomunitikreatif (#Mykif) merupakan sebuah platform untuk menggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 1 mengalu-alukan komuniti setempat untuk menyertai pertandingan video ini. Maklumat lanjut boleh dirujuk secara terus di Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 1 atau boleh rujuk gambar berikut. Terima kasih.
Maklumat Setempat
10 April 2016