Penduduk kampung Jengka Satu mengambil inisiatif mengadakan program gotong- royong membersih kawasan kampung setiap hari jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Di samping membersihkan kawasan kampung, program tersebut dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung khasnya generasi muda. Paling penting adalah untuk meningkatkan ukhwah antara penduduk kampung terutama generasi kedua dan ketiga yang kurang mengenali antara mereka atau golongan tua di kampung ini. Alhamdulillah, aktiviti gotong royong ini menjadi medan terbaik untuk saling mengenali. Di samping membersih kawasan kampung silaturahim turut terjalin.
Tarikh : 14 Febuari 2020
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Kawasan Kampung Jengka Satu