mcmc
Persatuan Wanita

PROGRAM PEMANTAPAN MYSHOP DASHBOARD KOMUNITI

Program           : Program Pemantapan MyShop bersama Usahawan AIM

Masa                : 8.30 pagi  – 1.00 petang

Tarikh              : 10 November 2016

Tempat            : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 1

Seramai 10 orang usahawan wanita daripada Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Maran telah menghadiri kursus program Pemantapan MyShop Dashboard Komuniti anjuran Pusat Internet 1Malaysia Gugusan Maran. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran photoshoot produk para usahawan dan juga memberi peluang bagi mereka untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka melalui aplikasi MyShop Dashboard Komuniti. Program ini memberi peluang kepada usahawan mengambil gambar produk mereka dengan menggunakan mini studio yang diperbuat daripada kotak. Seterusnya, peserta menjalani kelas keusahawanan dan pengiklanan MyShop Dashboard Komuniti.