mcmc
Persatuan Belia

PROGRAM SANTAI ANAK MUDA BELIA FELDA JENGKA 1

Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 1 baru-baru ini telah mengadakan Program Santai Anak Muda dengan kerjasama pihak pengurusan Felda Jengka 1. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah teka gula-gula, sukaneka kanak-kanak, sukaneka belia Lelaki dan wanita, gerai jualan dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat dengan kehadiran hampir 200 orang. Kerjasama yang ditunjukkan oleh komuniti di Felda ini berjaya mengeratkan lagi hubungan diantara penduduk dan pihak penganjur. 

Tarikh        : 28 April 2018 

Masa         : 3.00 pm – 6.00 pm 

Tempat       : Padang Belia Felda Jengka 1