Rabbit Land Park merupakan tarikan terbaru di Bandar Jengka, Pahang. Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam. Setiap pengunjung dikenakan caj tiket masuk sebanyak RM5.00 seorang. Lokasi Rabbit Land Park ini terletak di Mercu View The Chalet dan mempunyai persekitaran yang sangat sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi keluarga. Bagi pengunjung yang ingin meluangkan masa bersama keluarga disamping melihat haiwan-haiwan jinak di sini, boleh lah datang beriadah bersama keluarga di Rabbit Land Park, Bandar Jengka, Pahang.
Waktu Operasi : 9.00 pagi – 7.00 malam
Harga Tiket : RM5.00 (Dewasa & Kanak-kanak)
Waktu Operasi : Setiap Hari
Rabbit Land Park, Bandar Jengka, Pahang.
Peta lokasi untuk ke Rabbit Land Park.