Sepanjang bulan Ramadan ini, NADI menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat untuk komuniti setempat. Program yang disediakan merangkumi aspek kesihatan, kemahiran serta pengisian rohani bagi memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:
🔹 Sihat Ramadan – Cabaran Turun Berat Badan Secara Sihat
🔹 Mahiran Masak – Pelajari Menu Masakan Bulan Ramadan & Hari Raya
🔹 Mahiran Jahit – Fashion Styling & Alteration (Besar Jadi Muat, Kecil Jadi Selesa)
🔹 Mahiran Foto – Tip Pencahayaan Dalam Fotografi
🔹 Ihya Ramadan – Jom Mengaji @ NADI
Program ini terbuka kepada komuniti setempat yang ingin meningkatkan kemahiran, menjaga kesihatan serta mengimarahkan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat.
📍 Kunjungi NADI berdekatan anda untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
