mcmc
Maklumat Setempat

SAMBAL HITAM

Sambal hitam Pahang adalah resepi turun temurun berasal dari negeri Pahang Darul Makmur yang amat terkenal dan digemari oleh kebanyakan penduduk. Selain itu, masakan sambal hitam merupakan menu kegemaran wajib selain dari gulai tempoyak. Sambal ini sangat unik kerana boleh dihidangankan bersama nasi putih, lempeng, pulut, bubur, roti dan sebagainya boleh dikatakan sebagai pembuka selera kerana rasa yang seimbang dari segi masam, masin, manis, pedas dan lemaknya. Manakala bahan utama yang digunakan adalah belimbing buluh, cili padi, bawang dan ikan bilis.