Sambal kulat sisir antara hidangan tradisional yang semakin dilupakan. Antara penyebab hidangan ini semakin dilupakan kerana harga pasara kulat sisir pada masa kini agak mahal. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan penyebab untuk melupakan hidangan tradisi ini. Malah hidangan ini sememangnya enak dimakan bersama nasi putih dan pastinya akan menaikkan selera anda sewaktu menjamahnya.
