mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

SANTUARI GAJAH KUALA GANDAH

Santuari Gajah Kuala Gandah menempatkan lebih daripada 20 ekor gajah yang telah diselamatakan dari kawasan hutan yang mana habitat mereka kian terancam kerana pemburuan haram. Anda sekeluarga dapat memberi makan atau minum kepada gajah yang ada. Anda boleh menghulurkan makanan seperti tembikai, akar kayu, rumput, tebu atau pisang kepada gajah yang meminta untuk disuap bila mengeluarkan belalai mereka. Jangan risau, gajah yang ada di sini telah dilatih supaya lebih jinak dan telah diletakkan di dalam pagar besi. Selain itu, santuari ini turut menempatkan galeri yang padat dengan pelbagai informasi berkaitan gajah yang terdiri daripada infografik, kisah bagaimana gajah diperangkap, tengkorak gajah, koleksi gading dan banyak lagi.

 

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 1.00 pm, 2.30 pm – 4.30 pm) | Jumaat (8.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 4.30 pm)

Alamat: Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, 28500, Lanchang, Pahang

Harga Tiket: Percuma