mcmc
Maklumat Setempat

SEJARAH PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi)

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Jengka 1 berada di dalam daerah Maran, Pahang dan merupakan projek  di bawah Fasa Clawback 2013. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Jengka 1 telah mula beroperasi pada 1 April 2015. Bangunan batu satu tingkat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Jengka 1 ini dimiliki oleh JKKK Felda Jengka 1. Tapak kawasan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Jengka 1 yang berkeluasan 1200 kaki persegi berada pada lokasi yang amat strategik serta kawasan tumpuan komuniti di dalam Felda Jengka 1. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Jengka 1 telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Wan Salman Bin Wan Ismail iaitu ADUN Jengka pada 21 September 2015 bersempena dengan Hari Bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Jengka 1 . Menerima kunjungan komuniti seramai hampir 250 orang pada hari tersebut menunjukkan bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Jengka 1 ini mendapat penerimaan baik daripada komuniti setempat dan sekitar Felda Jengka 1.