Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025
Daripada NADI Felda Jengka 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kami daripada NADI Felda Jengka 1 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Felda Jengka 1 dan umat Islam di mana jua berada.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua. Dalam kesyukuran menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa, marilah kita saling bermaafan dan mengukuhkan ukhuwah.
Selamat pulang ke kampung halaman dengan berhati-hati di jalan raya. Utamakan keselamatan diri dan keluarga agar dapat berhari raya dengan penuh keceriaan.
✨ Ikhlas dari kami,
NADI Felda Jengka 1
