mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA PAHANG

Stadium Tun Abdul Razak atau STAR terletak di Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Stadium ini dibuka pada 15 Disember 2015 . Stadium yang dibina di tengah-tengah Bandar Jengka ini mampu memuatkan seramai 25,000 penonton. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah tandas, bilik persalinan, ruang parking yang luas, gymnasium, bilik solat dan lain-lain. 

Majlis perasmian STAR ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempena Hari Peneroka FELDA 2016. Stadium ini dilengkapi dengan 20,000 kapasiti tempat duduk dan padang rumput tiruan yang berkonsep moden dan memenuhi kriteria guna ruang dan keperluan FIFA dan FAM. Lokasi stadium yang strategik di kawasan bandar ini menjadikan stadium ini sering dipenuhi oleh penonton untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. 

 

 

 

Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang

(Sumber : www.feldavoice.com & www.star2.com)