mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

TAMAN NEGARA PAHANG

Taman Negara Pahang adalah hutan simpan yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang telah pun berusia lebih daripada 150 juta tahun! Sudah semestinya cukup kaya dengan flora dan fauna. Untuk meneroka sekitar taman rimba ini anda boleh berjungle trekking atau menyelusuri sungai dengan menaiki bot yang disediakan. Selain jungle trekking dan menyelusuri sungai, aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sekitar Taman Negara ini seperti melalui canopy walkway, melawat perkampungan orang asli, meneroka gua, melawat kawasan air terjun dan banyak lagi.

Alamat: Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Pahang