mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

TAMAN WARISAN GUA GELANGGI

Kalau salah satu impian jiwa lasak anda adalah untuk menjejakkan kaki ke dalam gua, ini adalah syurga yang dicari. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi ini menempatkan sungguh banyak gua seperti Gua Kelawar, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Tongkat dan Gua Angin. Yang menariknya, banyak penemuan arkeologi telah dibuat di dalam gua-gua ini seperti peninggalan peralatan senjata, tembikar, tengkorak purba dan bermacam lagi yang kesemuanya telah dipamerkan di muzium. Jangan terkejut, suatu ketika dulu gua-gua ini sebenarnya adalah kota-kota lama dengan nama seperti Kota Gelap, Kota Tongkat dan sebagainya sebelum ditukarkan sebagai Gua Gelap, Gua Tongkat dan seterusnya.  Sambil melakukan pengembaraan sekitar gua di sini, anda dapat melihat pembentukan stalagmit dan stalagtit yang dipercayai sudah berusia mencapai jutaan tahun.

Alamat: Kampung Sungai Batu, 27070 Jerantut, Pahang

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3

Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm