mcmc
Maklumat Setempat

TASIK CHINI

 

Dah pening kepala terhidu asap kereta di kota? Jom legakan dada dengan menarik nafas sepuas hati di Tasik Chini. Tasik air tawar kedua terbesar di negara ini. Sebelum menuju ke sini, teringin Mai Singgah kongsikan salah satu kepercayaan yang dikaitkan dengan tasik ini. Kalau anda nak tahu, ada yang mempercayai bahawa di dasar Tasik Chini ini wujudnya bandar Khmer Tua yang telah tenggelam. Betul atau tidak, masih tidak diketahui. Mungkin anda sendiri berminat untuk merungkai misteri ni? Tertarik untuk datang ke sini? Waktu yang terbaik untuk anda mengunjungi Tasik Chini adalah antara bulan Ogos ke September ketika mana kawasan tasik dilitupi oleh ribuan bunga teratai yang berwarna putih dan merah jambu. Dapat bayangkan keindahannya? Kawasan tasik kelihatan seolah-olah taman terapung.