TINY TECHIES : MESIN VS ROBOT : APA BEZANYA?

Laporan Aktiviti | 20 June 2026
AKTIVITI BULANAN : MEI 2026
Aktiviti TINY TECHIES : MESIN VS ROBOT : APA BEZANYA?
Tarikh16 Mei 2026
Masa10.00 – 11.00 am
TempatNADI Felda Jengka 1
Peserta 3 Orang


Objektif:

Program VOD Tiny Techies: Mesin VS Robot – Apa Bezanya? bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai konsep asas teknologi, mesin dan robot dalam kehidupan seharian. Program ini membantu peserta memahami perbezaan antara mesin dan robot serta bagaimana kedua-duanya digunakan untuk memudahkan kerja manusia dalam pelbagai bidang.

Selain itu, program ini bertujuan memupuk minat peserta terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Peserta juga didedahkan kepada konsep asas pemikiran logik, penyelesaian masalah dan kreativiti yang penting dalam dunia teknologi masa kini.

Aktiviti:

Peserta mengikuti sesi pembelajaran interaktif melalui tayangan video VOD Tiny Techies: Mesin VS Robot – Apa Bezanya? yang disampaikan secara santai dan mudah difahami. Sepanjang sesi, peserta diperkenalkan kepada definisi mesin dan robot, fungsi setiap teknologi serta contoh penggunaannya dalam kehidupan harian.

Melalui aktiviti ini, peserta dapat menambah pengetahuan mengenai teknologi asas, memahami konsep mesin dan robot dengan lebih jelas serta meningkatkan minat terhadap pembelajaran STEM melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif..

**Gambar Disini**