| AKTIVITI BULANAN : JANUARI 2026 | |
| Aktiviti | TINY TECHIES : ULANGKAJI PYTHON , HTML & SQL |
| Tarikh | 31 Januari 2026 |
| Masa | 3.00 – 4.00 PM |
| Tempat | NADI Felda Jengka 1 |
| Peserta | 3 Orang |
Objektif:
Ulangkaji Python, HTML & SQL ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman peserta terhadap asas pengaturcaraan dan pembangunan laman web secara praktikal dan interaktif.
Melalui sesi ulangkaji secara langsung (live webinar), peserta dapat menyemak semula konsep asas seperti sintaks Python, struktur asas HTML serta penggunaan arahan asas SQL dalam pengurusan data.
Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pemikiran logik, penyelesaian masalah (problem solving) serta keyakinan diri dalam memahami dan mengaplikasikan kod secara betul.
Aktiviti:
Peserta menyertai sesi webinar secara langsung yang dijalankan secara interaktif. Sepanjang sesi, fasilitator menerangkan semula topik-topik penting dalam Python, HTML dan SQL serta menunjukkan contoh latihan yang sesuai dengan tahap peserta.Peserta turut melakukan latihan praktikal secara langsung dengan bimbingan fasilitator bagi memastikan setiap konsep dapat difahami dengan jelas. Sesi turut disertakan dengan perbincangan dan soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penerangan lanjut sekiranya terdapat kekeliruan.Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengukuhkan asas pengaturcaraan dan pembangunan web serta meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi digital secara lebih yakin dan sistematik.