mcmc
Laporan Aktiviti

WELLBEING : SIHAT RAMADAN (SHORTS TIPS)

AKTIVITI BULANAN : MAC 2026
Aktiviti WELLBEING : SIHAT RAMADAN (SHORTS TIPS)
Tarikh11 Mac 2026
Masa10.00 – 11.00 AM
TempatNADI Felda Jengka 1
Peserta 1 Orang


Objektif:

Program Sihat Ramadan (Shorts Tip) ini bertujuan untuk memberi pendedahan ringkas dan praktikal kepada peserta mengenai amalan gaya hidup sihat sepanjang bulan Ramadan. Melalui perkongsian dalam bentuk video pendek (shorts), peserta dapat memahami tip-tip penting seperti pemilihan Menu Moreh Tak Rosak Diet, konsep Telekung Fit (aktif dan kekal cergas ketika beribadah), serta semangat Puasa Tapi Gagah untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan pemakanan, kesihatan fizikal dan keseimbangan tenaga sepanjang berpuasa.

Aktiviti:

Peserta mengikuti siri perkongsian video pendek yang disampaikan secara santai, padat dan mudah difahami. Setiap video memfokuskan kepada satu topik utama seperti cadangan menu moreh yang sihat, cara kekal aktif ketika Ramadan serta tip mengekalkan tenaga semasa berpuasa. Penyampaian disertakan dengan contoh praktikal dan situasi harian bagi memudahkan peserta mengaplikasikan tip tersebut.

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang Ramadan, membuat pilihan makanan yang lebih bijak serta meningkatkan keyakinan diri untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang bulan puasa.

**Gambar Disini**